Perlu masa laksana pembaharuan, kata Kit Siang

Menurutnya semua pihak memerlukan keyakinan untuk elakkan negara menjadi negara gagal. 

Perlu masa laksana pembaharuan, kata Kit Siang

Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 19 May 2024 6:18PM

Bekas pemimpin DAP Lim Kit Siang berkata ia akan mengambil masa kerana banyak usaha diperlukan untuk meyakinkan semua pihak dalam melaksanakan pembaharuan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 Mei, 2024.

IA memerlukan masa untuk melaksanakan pembaharuan kerana masa diperlukan bagi meyakinkan semua pihak mempercayai sesuatu yang penting dalam menyelamatkan negara daripada menjadi negara gagal, kata seorang pemimpin DAP yang sudah bersara.

Bekas pemimpin DAP Lim Kit Siang berkata pembaharuan adalah tinggi dalam agenda kerajaan perpaduan negara.

“Tetapi ia akan mengambil masa kerana banyak usaha diperlukan untuk meyakinkan semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada forum sempena memperingati ulang tahun ke-10 kematian pemimpin ikonik Karpal Singh Deo.

Karpal meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Utara - Selatan pada 2014.

Lim berkata bahawa pembaharuan itu adalah proses berperingkat, ia bukan revolusi.

Mengenang kembali Karpal, Lim berkata rakan sejawatnya dalam parti itu pasti gembira selepas kemenangan parti itu dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Baharu di Selangor baru-baru ini.

“Ia menunjukkan bahawa DAP telah berjaya merobohkan tanggapan yang salah tentang parti bahawa kita antiMelayu.”

Lim berkata DAP adalah cerminan perjuangan Karpal sebagai sebuah pertubuhan yang memperjuangkan nasib semua kaum.

“Kami adalah rakyat Malaysia dan DAP adalah contoh daripadanya.”

Terdahulu, Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata legasi dan idealismenya masih relevan di Malaysia hari ini.

Di sebalik tanggapan bahawa DAP kini bekerjasama dengan musuh ketatnya yang dahulu - Barisan Nasional (Umno) di bawah kerajaan perpaduan, Chow berkata cita-cita Karpal kekal hidup dan mekar di kalangan pemimpin muda.

“Saya memetik slogan terkenal Karpal bahawa jika saya tewaskan seorang Karpal, seratus akan bangkit. Saya rasa ia dilihat sekarang,” kata Chow, yang sedang menjalani penggal kedua sebagai ketua menteri.

Chow berkata, parti itu terdorong untuk mencontohi perjuangan Karpal.

Orang ramai muncul untuk menyertai program berjalan kaki legasi Karpal di Jelutong, yang negeri itu telah dinamakan semula sebagai Persiaran Karpal Singh. – 19 Mei, 2024.

Back
2 jam yang lalu Berita

Teresa Kok terima ugutan bunuh 

Beliau menerima sepucuk surat bersama dua butir peluru dalam peti surat. 

Teresa Kok terima ugutan bunuh 

Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 19 May 2024 4:59PM

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok menunjukkan sepucuk surat bertulis ugutan bunuh yang diterima bersama dua butir peluru. – Gambar Facebook, 19 Mei, 2024.

TERESA Kok menerima ugutan bunuh melalui surat yang dihantar kepadanya bersama dua peluru.

Ahli Parlimen Seputeh itu berkata dia menemui surat dan peluru itu di dalam peti suratnya pada malam Sabtu.

Bekas Menteri Industri Utama itu segera membuat laporan kepada polis.

“Saya sedang memeriksa peti surat saya di kediaman saya malam tadi dan saya terjumpa satu sampul surat dengan sesuatu yang berat di dalamnya.

“Apabila saya membukanya, saya ternampak dua butir peluru dengan sekeping kertas dan tertulis di atasnya perkataan ‘C*b*ilu Cina?!!! Lu Akan Mati!!! TUNGGU!!!’,” tulisnya.

Beliau turut berkongsikan gambar surat dan polis yang memeriksa peti mel di kediamannya menerusi Facebook. 

“Saya berterima kasih atas tindakan pantas daripada polis,” katanya. – 19 Mei, 2024.

Back
5 jam yang lalu Berita

Anwar nafi ditekan hentikan perbicaraan Najib 

Menurutnya perbicaraan bekas perdana menteri itu tetap diteruskan. 

Anwar nafi ditekan hentikan perbicaraan Najib 

Dikemas kini 5 jam yang lalu Diterbitkan pada 19 May 2024 2:04PM

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata tiada tekanan untuk campur tangan dalam kes 1Malaysia Development Bhd daripada mana-mana pihak. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 Mei, 2024.

PERBICARAAN kes rasuah bekas perdana menteri Najib Razak yang sedang dipenjarakan akan diteruskan kerana tiada tekanan daripada mana-mana pihak untuk menghentikannya, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim, lapor New Straits Times.

Anwar berkata, walaupun Umno menjadi sebahagian daripada kerajaan perpaduan, tiada tekanan untuk campur tangan dalam kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

“Najib masih menjalani perbicaraan besar sekarang atas tuduhan rasuah. (Sebahagian daripada kerajaan perpaduan) gabungan dari partinya, tetapi tiada tekanan kepada saya untuk menghentikan perbicaraan kes yang sedang berjalan,” katanya dalam temu bual dengan Sami Zeidan dari Al Jazeera.

Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Anwar menjawab kritikan bahawa reformasi ekonomi dan demokrasi kerajaannya telah perlahan tetapi memberi tumpuan kepada menstabilkan gabungan itu daripada menyiasat orang berkuasa kerana rasuah.

Katanya, bukan mudah untuk membetulkan isu berdekad-dekad dengan hanya berkuasa selama setahun setengah.

“Kita telah melihat percubaan pada masa lalu, malah di Eropah Timur, di mana negara-negara berkobar-kobar untuk menjejaskan pembaharuan pantas, akhirnya menjadi bencana kepada ekonomi dan persediaan politik.

“Dalam kes kita, bertentangan dengan hasutan pembangkang ini, apa yang paling penting ialah tadbir urus.

“Apa yang kami berjaya lakukan adalah untuk memeriksa penyalahgunaan oleh pemimpin dan anggota kabinet daripada membazirkan kekayaan melalui rundingan terus, tender bernilai berbilion-bilion dolar. Kami telah menghentikannya,” katanya. – 19 Mei, 2024.

Back
8 jam yang lalu Berita

Singapura tingkat langkah keselamatan susulan serangan balai polis Ulu Tiram

Kementerian Dalam Negeri negara itu berkata mereka sedang memantau perkembangan keselamatan global dan seratau dengan teliti.

Singapura tingkat langkah keselamatan susulan serangan balai polis Ulu Tiram

Dikemas kini 8 jam yang lalu Diterbitkan pada 19 May 2024 11:06AM

Kementerian Dalam Negeri Singapura (MHA) dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya meningkatkan langkah keselamatan di pusat pemeriksaan negara. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 Mei 2024.

SINGAPURA mempertingkatkan langkah keselamatan susulan serangan ke atas balai polis di Ulu Tiram, Johor yang mengorbankan dua anggota polis, lapor Bernama.

Kementerian Dalam Negeri Singapura (MHA) dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya meningkatkan langkah keselamatan di pusat pemeriksaan negara.

“Pelancong harus menjangkakan kelewatan di pusat pemeriksaan kerana pemeriksaan yang diperketat dan mengambil kira masa tambahan yang diperlukan untuk urusan imigresen.

“Sama ada di Singapura atau melancong ke luar negara, orang ramai perlu sentiasa berwaspada dan melaporkan sebarang individu atau aktiviti yang mencurigakan kepada polis dengan segera,” kata MHA.

MHA berkata mereka sedang memantau perkembangan keselamatan global dan seratau dengan teliti termasuk serangan di Johor pada Jumaat yang didakwa dilakukan oleh seorang anggota Jemaah Islamiyah (JI).

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) juga berhubung dengan rakan sejawat mereka di Malaysia.

Terdahulu, polis menafikan lelaki yang membunuh dua anggota polis di balai polis Ulu Tiram mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain menjelaskan kenyataan awal yang dikeluarkan pasukan itu mengatakan suspek anggota Jemaah Islamiyah (JI) adalah berdasarkan penglibatan bapanya dengan kumpulan pengganas itu.

Razarudin berkata bapa suspek berusia 62 tahun yang merupakan anggota JI.

“Suspek tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kumpulan pengganas dan tidak mempunyai kaitan dengan JI. Dia tidak terlibat dalam keganasan,” kata Razarudin dalam satu laporan.

Beliau berkata polis sedang berusaha untuk mengenal pasti motif di sebalik serangan itu.

Pada 2.45 pagi Jumaat, Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, maut selepas mereka diserang oleh seorang lelaki yang bersenjatakan parang. Koperal Mohd Hasif Roslan, 38, ditembak.

Susulan serangan itu polis menahan lima ahli keluarga suspek berusia 19 hingga 62 tahun bersama dua lagi yang kesemuanya direman seminggu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – 19 Mei 2024.

Magis Anwar dalam PRK Kuala Kubu Bharu

Imej positif ditunjukkan Anwar Ibrahim mungkin merasional dan melembutkan pengundi PAS.

Magis Anwar dalam PRK Kuala Kubu Bharu

Dikemas kini 8 jam yang lalu Diterbitkan pada 19 May 2024 11:00AM

Sepanjang tempoh berkempen PRK KKB, Anwar Ibrahim menonjolkan imej kenegaraan dan prihatin sebagai seorang perdana menteri dengan menjalinkan kerjasama positif dengan Menteri Besar dan Ketua Menteri di negeri pembangkang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 Mei, 2024.

KEJAYAAN Pakatan Harapan (PH) mengekalkan Kuala Kubu Bharu (KKB) dilihat sebagai suntikan moral buat Kerajaan Perpaduan meneruskan agenda perubahan di peringkat negeri dan pusat.

Meskipun calon perpaduan dijangka menang, anatomi mengenai trend di PRK kali ini perlu dikupas secara meluas dari sudut strategi dan penyusunan jentera parti.  

Kerajaan Perpaduan memenangi enam daripada lapan daerah mengundi majoriti Melayu di KKB. Ia memperlihatkan berlakunya peralihan pengundi Melayu kepada pasukan perpaduan dalam peratusan yang sedikit.

Kejayaan ini dijadikan hujah parti kerajaan bahawa orang Melayu sudah mula menolak isu 3R (Race, Religion, Royalty) dipelopori Perikatan Nasional.

Berdasarkan analisis dibuat bekas ahli parlimen Bangi Dr Ong Kian Ming, undi Melayu untuk PH berkurang di lima daerah mengundi Melayu KKB, iaitu daripada 40.8% pada pilihan raya negeri 2023 kepada 38.7% pada PRK kali ini.

Trend ini menunjukkan masih ada sesuatu yang perlu dilipatgandakan kerajaan terhadap pengundi Melayu.  

Walau apa pun, PN menyifatkan kekalahan di KKB berpunca disebabkan ramai pengundi Melayu tidak keluar mengundi.

Timbalan Presiden Bersatu Faizal Azummu menyatakan ramai pengundi luar tidak pulang mengundi dan ia telah menjadi punca perancangan menawan KBB tidak berjaya. Adakah ini sahaja punca PN tewas?

Sebenarnya PRK KKB menunjukkan magis atau sentuhan luar biasa daripada kerajaan perpaduan khususnya Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

PN mendakwa Anwar Ibrahim takut ke KKB kerana tahu partinya akan kalah. Tetapi, dakwaan ini ternyata meleset sama sekali.

Magis Anwar Ibrahim

Sepanjang tempoh berkempen PRK KKB, Anwar Ibrahim menonjolkan imej kenegaraan dan prihatin sebagai seorang perdana menteri dengan menjalinkan kerjasama positif dengan Menteri Besar dan Ketua Menteri di negeri pembangkang diterajui PAS seperti Perlis, Kedah, Kelantan, dan Terengganu.

Jiwa besar Anwar Ibrahim kepada pemimpin PAS di platform media sosial dan arus perdana terserlah. Sehinggakan, Menteri Besar Kedah Sanusi Mohd Nor secara terbuka memberi penghargaan kepada Anwar Ibrahim yang meluluskan jek pembangunan di Kedah.

Sanusi turut memohon maaf kepada perdana menteri atas keterlanjuran katanya yang boleh menjejaskan keharmonian hubungan Kedah dan kerajaan pusat.  

Pengumuman projek oleh Anwar Ibrahim dalam setiap lawatan di negeri diterajui PAS menjadi daya tarikan kepada segelintir penyokong PAS tentang ketokohan perdana menteri selain pengumuman mengenai kenaikan tangga gaji penjawat awam.  

Imej-imej positif yang ditunjukkan Anwar Ibrahim bersama pemimpin PAS ini mungkin menjadi magis yang merasional dan melembutkan pengundi dan penyokong PAS di KKB menilai pandangan mereka semua kepada Anwar Ibrahim.

Malah imej positif perdana menteri ini sama sekali berbeza dengan isi kandungan ceramah kebanyakan pemimpin PN yang sering memburukkan peribadi Anwar Ibrahim khususnya dalam kalangan pemimpin Bersatu dan bekas pemimpin Umno di pentas ceramah.  

Situasi ini boleh mendorong orang PAS di KKB mahupun negeri Selangor tidak ghairah berkempen atau keluar mengundi sehingga Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan mengeluarkan fatwa bahawa haram buat anggota PAS tidak keluar mengundi di KKB.

Perpaduan lebih berdisiplin

Selain itu pasukan perpaduan kali ini nampak lebih berdisiplin dan menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi.

Komitmen pemimpin komuniti India di dalam gabungan Kerajaan Perpaduan untuk meraih sokongan pengundi India agar tidak beralih kepada PN amat luar biasa.

Dari sudut yang berbeza, kejayaan Umno mendisiplinkan pemimpin lantang yang membawa kerugian kepada pengundi seperti Ketua Pemuda Umno Dr. Akmal Salleh, adalah satu bonus yang mengurangkan imej buruk Kerajaan Perpaduan, khususnya dalam kalangan pengundi bukan Melayu.

Malah, Nga Kor Ming turut berdiam diri pada awal kempen PRK bermula, telah memudahkan gerak kerja kerajaan perpaduan mengambil hati pengundi Melayu.  

Penyusunan strategi mendiamkan pemimpin parti kerajaan yang cukup lantang sebenarnya sudah cukup memberi kelebihan bagi jentera bergerak dengan lebih berkesan.

Ia juga memberi ruang kepada calon kerajaan berkomunikasi dengan pengundi dengan baik dan tidak perlu menjawab isu-isu kontroversi yang dibangkitkan lawan atau pihak media.

PRK ini sekurang-kurangnya memberi petunjuk yang jelas kepada Kerajaan Perpaduan bahawa rakyat masih memberi ruang kepada kerajaan untuk benar-benar komited melakukan perubahan disebalik sentimen rakyat di bawah yang masih merasakan kos sara hidup dan hala tuju negara masih lagi samar.

Apa seterusnya?

Langkah sumbang PN di KKB sekali lagi membuktikan bahawa pembangkang masih tidak mempunyai hala tuju dan visi yang jelas untuk ditawarkan kepada rakyat.

Kempen memburukkan kepribadian pihak lawan dan kecuaian menawarkan solusi kepada cabaran dihadapi rakyat adalah satu kelemahan yang masih diwarisi PN pasca PRU15.

Setelah selesai PRK KKB ini, terdapat pelbagai spekulasi yang menyatakan akan ada banyak lagi PRK dilaksanakan, khususnya selepas Bersatu meminda perlembagaan parti yang dilihat boleh mengosongkan kerusi ahli Parlimen mereka yang menyokong Kerajaan Perpaduan.

Namun, jika PRK ini berlaku sekalipun, PN masih berada di jalan buntu mengekalkan kemenangan berdasarkan prestasi di KKB.

Kerajaan Perpaduan harus mengambil serius kemenangan di KKB ini sebagai satu anjakan paradigma dalam mentadbir ekonomi negara dengan cekap.

Jika banyak dasar dan program yang dapat menstabilkan kesejahteraan rakyat dilaksanakan, sudah pasti kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim dapat meningkatkan keyakinan rakyat sehingga akhir penggal.

Sekiranya tidak, maka rakyat akan lebih skeptik dengan kerajaan dalam setiap pembaharuan yang akan dilaksanakan kelak. – 19 Mei, 2024.

Back
9 jam yang lalu Berita

Lebih 100 bandar berisiko banjir akibat kenaikan paras laut, kata menteri

Nik Nazmi Nik Ahmad berkata hujan serta ribut akibat perubahan iklim adalah antara sebab yang memberi kesan kepada alam sekitar.

Lebih 100 bandar berisiko banjir akibat kenaikan paras laut, kata menteri

Dikemas kini 9 jam yang lalu Diterbitkan pada 19 May 2024 10:22AM

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata lebih 100 bandar di semenanjung berdepan risiko banjir teruk akibat peningkatan paras air laut. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 Mei, 2024.

LEBIH 100 bandar di semenanjung berdepan risiko banjir teruk akibat peningkatan paras air laut, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.

Bercakap kepada New Straits Times di podcast Beyond The Headlines, Nik Nazmi berkata keterukan gelombang panas, hujan serta ribut akibat perubahan iklim adalah antara sebab yang memberi kesan kepada alam sekitar.

“Dijangka dengan kenaikan paras laut, 111 bandar dan bandar raya di seluruh semenanjung di Malaysia khususnya Pulau Pinang, Selangor, Johor, Kedah, Melaka dan Terengganu akan terjejas.

“Anda melihat hakisan berlaku di pantai yang dahulunya kini terhapus. Di kawasan perumahan, ada air laut yang memasuki longkang akibat paras air laut yang semakin meningkat.

“Jadi itu adalah sesuatu yang nyata yang perlu kita tangani. Pelan penyesuaian adalah penting,” kata menteri penggal pertama itu dalam laporan itu.

Menjelaskan cara untuk menangani isu itu, Nik Nazmi berkata rancangan adaptasi nasional sedang diusahakan dan bukannya hanya bergantung kepada pelan mitigasi.

“Untuk masa hadapan kami sedang mengusahakan pelan penyesuaian nasional. Saya fikir itu penting kerana apabila kita bercakap tentang memasang loji solar, kenderaan elektrik atau pengangkutan awam, itu adalah langkah mitigasi.”

“Anda mahu mengurangkan pelepasan karbon dan itu penting. Tetapi anda juga perlu menyesuaikan diri kerana dunia maju begitu cepat, jadi mitigasi sahaja tidak akan mencukupi,” katanya.

Malah katanya penyelanggaraan sentiasa menjadi cabaran penting dalam menangani isu alam sekitar walaupun terdapat dasar dan garis panduan yang dirangka dengan baik.

“Saya fikir dari satu segi, penyelenggaraan (persekitaran) sentiasa menjadi satu cabaran. Kami mempunyai dasar dan garis panduan yang bagus tetapi bagaimanakah kita mengikuti penyelenggaraan?
 
“Tetapi untuk bersikap adil kepada penggubal dasar kami, (cabaran) adalah disebabkan oleh semua keterukan gelombang haba, hujan dan ribut yang semakin teruk akibat perubahan iklim.

“Jadi saya fikir itu adalah satu lagi perkara yang ramai jurutera, sebagai contoh perlu menyemak semula ramalan mereka,” tambahnya. – 19 Mei, 2024.

Back
9 jam yang lalu Berita

Penyerang balai polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas, kata KPN

Razarudin Husain berkata bapa suspek yang merupakan anggota Jemaah Islamiyah (JI).

Penyerang balai polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas, kata KPN

Dikemas kini 9 jam yang lalu Diterbitkan pada 19 May 2024 10:10AM

Ketua Polis Negara Razarudin Husain menjelaskan kenyataan awal yang dikeluarkan pasukan itu mengatakan suspek anggota Jemaah Islamiyah (JI) adalah berdasarkan penglibatan bapanya dengan kumpulan pengganas itu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 Mei 2024.

POLIS menafikan lelaki yang membunuh dua anggota polis di Balai Polis Ulu Tiram mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain menjelaskan kenyataan awal yang dikeluarkan pasukan itu mengatakan suspek anggota Jemaah Islamiyah (JI) adalah berdasarkan penglibatan bapanya dengan kumpulan pengganas itu.

Razarudin berkata bapa suspek berusia 62 tahun yang merupakan anggota JI.

“Suspek tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kumpulan pengganas dan tidak mempunyai kaitan dengan JI. Dia tidak terlibat dalam keganasan,” kata Razarudin dalam satu laporan.

Beliau berkata polis sedang berusaha untuk mengenal pasti motif di sebalik serangan itu.

Pada 2.45 pagi Jumaat, Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, maut selepas mereka diserang oleh seorang lelaki yang bersenjatakan parang. Koperal Mohd Hasif Roslan, 38, ditembak.

Susulan serangan itu polis menahan lima ahli keluarga suspek berusia 19 hingga 62 tahun bersama dua lagi yang kesemuanya direman seminggu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – 19 Mei 2024.

Back
9 jam yang lalu Berita

Ulu Tiram cop killer not linked to terrorist group, says IGP

It is the suspect's father who is a member of Jemaah Islamiyah, police clarify.

Ulu Tiram cop killer not linked to terrorist group, says IGP

Dikemas kini 9 jam yang lalu Diterbitkan pada 19 May 2024 9:48AM

Inspector-General of Police Razarudin Husain says the cops are working to establish the motive behind the killing of two of their colleagues at the Ulu Tiram police station in Johor. – Facebook pic, May 19, 2024.

POLICE have denied that the man who killed two cops at the the Ulu Tiram police station is linked to a terrorist group.

Inspector-General of Police Razarudin Husain clarified that the initial statement released by the force saying the suspect was a member of Jemaah Islamiyah (JI) was based on his father’s involvement with the terrorist group.

Razarudin said it was the suspect’s 62-year-old father who was a member of JI.

“The suspect is not affiliated with any terrorist group and has no connection to JI. He is not involved in terrorism,” Razarudin was quoted as saying in reports.

He said police were trying to establish the motive behind the attack.

At 2.45am on Friday, Constables Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, and Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, were killed after they were assailed by a man wielding a machete. Corporal Mohd Hasif Roslan, 38, was shot.

Following the attack, police arrested five family members of the suspect, aged 19 to 62, along with two other people, all of whom were remanded for a week to assist in the investigation under Section 302 of the Penal Code for murder. – May 19, 2024.

Sanusi’s apology

Will Kedah now have a better relationship with the federal government?

Sanusi’s apology

Dikemas kini 11 jam yang lalu Diterbitkan pada 19 May 2024 8:00AM

Muhammad Sanusi Md Nor has apologised to the prime minister for any inappropriate remark he might have made while carrying out his duties as the Kedah menteri besar. – The Malaysian Insight file pic, May 16, 2024.

KEDAH Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor’s apology to Prime Minister Anwar Ibrahim and his cabinet earlier this month will only bring positive outcomes, said analysts.

They said the apology would clear the path for better cooperation between the state and federal government.

Ilham Centre executive director Hisomudin Bakar said Sanusi’s apology to Anwar has brought an end to a rift between Kedah and the federal administration.

“As Kedah cannot stand on its own without the help of the federal government, this apology has cleared the path (to a better working relationship between the two),” he said.

At the Madani Raya celebrations in Tasik Darulaman, Sanusi said sorry to Anwar for any inappropriate remark he might have made while carrying out his duties as the menteri besar.

Sanusi also extended the same apology to members of the cabinet, saying it was human to make mistakes.

Hisomudin said Sanusi now has a better chance of having his wishes for Kedah granted.

“Sanusi will negotiate to fulfil the wishlist he gave Anwar in their last meeting. His great hope is that all development projects will get the green light from Putrajaya. If successful, development in Kedah can be realised under Sanusi. This will give him and PAS an advantage and he will possibly remain (Kedah menteri besar) for the next term,” he said.

But Sanusi still faces Home Minister Saifuddin Nasution Ismail, who is the Kedah Development Action Council co-chair, he said.

“Hopefully, Anwar will instruct his minister to agree to a meeting so that the problems in Kedah can be resolved,” he said.

As for the relationship between PAS and Pakatan Harapan (PH), Hisomudin said he does not see any foreseeable changes if PAS president Abdul Hadi Awang does not resolve the issues between his party and Anwar’s coalition.

PAS is pragmatic enough to achieve its goals, Hisomudin said.

International Islamic University Malaysia’s Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar said Sanusi’s open apology has at least improved Kedah-Putrajaya relations.

“An improvement in federal-state relations can bring economic benefits to the state,” he said.

The political science assistant professor said it could also soothe tensions between the two rival political coalitions.

“Politically, it can ease tensions not only between the federal and state governments, but also between PH and Perikatan Nasional (PN). This could get both sides to focus on issues affecting the people and to address them together,” he said.

Associate professor Awang Azman Awang Pawi at the Universiti Malaya Centre for Democracy and Elections said not all PN state leaders felt the same way as Sanusi.

“Perlis, Kelantan, and Kedah might share the same feelings but Terengganu might not. Some still can’t accept Anwar’s leadership and don’t see him as a good leader for the country,” he said.

PAS youth chief Afnan Hamimi Taib Azamudden downplayed the apology, saying it was the “normal” thing for Muslims to do during Raya.

“I’d say that Sanusi is a big-hearted person because he apologised. But his apology should not have any impact to the state-federal relationship. The federal government has to take care of all the states whatever the situation is,” the Alor Star lawmaker said. – May 19, 2024.

Permohonan maaf dan kepentingan politik Sanusi

Tindakan menteri besar Kedah itu sedikit sebanyak menyelesaikan pertikaian kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan.

Permohonan maaf dan kepentingan politik Sanusi

Dikemas kini 11 jam yang lalu Diterbitkan pada 19 May 2024 8:00AM

Permohonan maaf secara terbuka Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim sedikit sebanyak menyelesaikan pertikaian kerajaan negeri Kedah dengan kerajaan persekutuan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 Mei, 2024.

PERMOHONAN maaf Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Kabinetnya awal bulan ini akan membawa hasil positif, kata pakar politik.

Mereka berkata permohonan maaf itu akan membuka jalan untuk kerjasama kerajaan negeri dan persekutuan yang lebih baik.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisomudin Bakar berkata permohonan maaf secara terbuka Sanusi kepada Anwar sedikit sebanyak menyelesaikan pertikaian kerajaan negeri Kedah dengan kerajaan persekutuan.

“PAS bukanlah sebuah negeri yang boleh berdiri sendiri tanpa bantuan kerajaan pusat, permohonan maaf ini sedikit sebanyak membuka ruang yang lebih baik antara kedua-duanya,” katanya.

Ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri Madani 2024 peringkat negeri di Tasik Darulaman, Sanusi berkata beliau adalah manusia biasa yang tidak maksum dan permohonan maaf itu dibuat bagi pihak dirinya dan kerajaan negeri selama berkhidmat sebagai menteri besar dan atas kapasiti politik.

Hisomudin berkata, permohonan maaf daripada Sanusi membolehkannya menjalinkan hubungan yang lebih baik dengan Anwar berharap agar hasratnya untuk negeri dimakbulkan.

“Impak langsungnya dapat dilihat Sanusi akan berunding untuk memenuhi ‘wishlist’ yang beliau berikan semasa pertemuan terakhir dengan Anwar.

“Harapan besar beliau ialah semua projek pembangunan mendapat lampu hijau daripada Putrajaya. Jika berjaya, pembangunan di Kedah dapat direalisasikan di bawah Sanusi.

“Ini akan memberi kelebihan kepada beliau dan PAS, dan berkemungkinan kekal (sebagai menteri besar Kedah) untuk penggal akan datang,” katanya.

Hisomudin bagaimanapun berkata masih terdapat masalah kepada Sanusi kerana Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail memegang jawatan pengerusi bersama Majlis Tindakan Pembangunan Kedah.

“Diharap Anwar mengarahkan menterinya bersetuju mengadakan mesyuarat majlis tindakan pembangunan negeri supaya masalah di Kedah dapat diselesaikan,” katanya.

Sementara itu dalam konteks hubungan PAS dan Pakatan Harapan (PH), Hisomudin berkata beliau tidak melihat sebarang perubahan yang boleh diramal sekiranya Presiden PAS Abdul Hadi Awang tidak membetulkan isu dengan Anwar atau gabungannya.

Dalam aspek ini sikap PAS amat pragmatik untuk mencapai matlamat mereka, kata Hisomudin.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar turut berpandangan sama dengan Hisomudin dan berkata permohonan maaf terbuka Sanusi sekurang-kurangnya meningkatkan hubungan Kedah-Putrajaya.

“Peningkatan dalam hubungan persekutuan-negeri boleh membawa manfaat ekonomi khususnya kepada negeri ini,” katanya.

Penolong profesor sains politik itu merasakan ia juga dapat meredakan keresahan antara dua gabungan politik yang bertelagah itu.

“Dari segi politik ia boleh meredakan ketegangan bukan sahaja antara kerajaan pusat dan negeri, malah antara PH dan Perikatan Nasional (PN).

“Persekitaran yang lebih baik seperti itu boleh membuatkan kedua-dua pihak memberi tumpuan kepada isu-isu yang melibatkan rakyat dan menanganinya bersama-sama,” katanya.

Memperkecilkan permohonan maaf

Profesor Madya Awang Azman Awang Pawi di Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya pula berkata, tidak semua pemimpin negeri PN akan berkongsi sentimen yang sama seperti Sanusi.

“Keadaan itu mungkin tidak sama untuk semua. Mungkin Perlis, Kelantan dan juga Kedah mungkin berkongsi perasaan yang sama tetapi Terengganu mungkin memilih untuk tidak melakukannya.

“Mungkin ada yang masih tidak boleh menerima kepimpinan Anwar dan tidak melihat beliau sebagai pemimpin yang baik untuk negara,” katanya.

Sementara itu Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden memperkecilkan permohonan maaf itu dengan mendakwa ia biasa dilakukan pada bulan mulia dengan niat yang baik.

“Sanuni seorang yang berhati besar kerana dia meminta maaf.

“Permohonan maaf beliau tidak memberi sebarang kesan kepada hubungan negeri-persekutuan.

“Kerajaan persekutuan perlu menjaga negeri-negeri dalam apa jua keadaan. Jadi, jika dia (Sanusi) meminta maaf, maka itu bagus,” kata ahli Parlimen Alor Star itu. – 19 Mei, 2024.