Iklan

Anggota tentera, buang undi pada PRK Port Dickson

Afif Abd HalimHasnoor Hussain6 years ago9th Oct 2018Foto
Port dickson by-election early polling 20181009 tmihasnoor 001   full
Seorang anggota tentera melihat telefon bimbitnya sementara menunggu giliran untuk membuang undi pada pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson di Hangar, Pusat Latihan Asas Tentera Darat di Port Dickson pagi tadi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 9 Oktober, 2018.
Iklan

SERAMAI 7,191 pengundi awal membuang undi bagi Pilihan Raya (PRK) Kecil Port Dickson hari ini.

Anggota tentera seramai 6,636 orang bersama pasangan masing-masing mengundi di Hangar, Pusat Latihan Asas Tentera Darat dan di Dewan Serba guna, Kem Segenting PD manakala 555 anggota polis menunaikan tanggungjawab mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson.

Tiga pusat mengundi dibuka membabitkan 13 saluran. Sepuluh saluran dibuka sehingga jam 5.30 petang manakala tiga pusat mengundi - Kem A, B dan C - di  di IPD Port Dickson akan ditutup pada tengahari.

PRK ini menyaksikan persaingan tujuh penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan Anwar Ibrahim dan PAS, Lt. Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar serta lima calon Bebas termasuk bekas menteri besar Negeri Sembilan Mohd Isa Abdul Samad serta bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan. – 9 Oktober, 2018.

Iklan
Iklan