Iklan

Saleem Iklim meninggal dunia 

Afif Abd Halim6 years ago14th Oct 2018Foto
Saleem iklim 20181013 tmiafif 11
Jenazah dibawa keluar dari bilik mayat PPUKM untuk disembahyangkan di Surau As-Syakirin di Bukit Mahkota Cheras.– Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 14 Oktober, 2018
Iklan

INDUSTRI muzik tanah air hari ini dikejutkan dengan kehilangan seorang penyanyi lagenda yang popular pada era 90an, Saleem Iklim.

Saleem atau nama sebenarnya A.M Saleem Abdul Majeed, 57, dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia awal pagi tadi selepas sebulan mengalami kemalangan jalan raya di Bandar Mahkota Cheras.

Jenazah akan dibawa ke Surau As-Syakirin di Bukit Mahkota Cheras untuk disembahyang dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bandar Tun Hussein Onn Cheras selepas solat Zohor.

Allahyarham yang juga bekas vokalis kumpulan Iklim popular pada tahun 1990-an menerusi lagu Suci Dalam Debu. – 14 Oktober, 2018

Iklan
Iklan