Iklan

Ekin Kak Long akan kembali, lebih baik, lebih kuat!

Afif Abd Halim6 years ago10th Nov 2018Foto
Mother of 3 mma fight 20181109 tmiafif 15  full
Ekin Kak Long menyasarkan untuk bertanding pada Kejohanan Muay Thai Kuda Merah.– Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 10 November, 2018.
Iklan

ITU merupakan kata-kata ahli Muay Thai Norma Ishak, 31 yang baru-baru ini bertanding dan tewas dalam Kejuaraan Kick Boxing Amatur Any Martial Art (AMA) yang diadakan baru-baru ini. 

Namun, tewas pada pertarungan kali pertama bukanlah sesuatu yang baru bagi mana-mana petinju amatur, malah ibu kepada tiga cahaya mata itu menerima kekalahan itu dengan positif dan berazam untuk kembali lebih kuat. 

Norma Ishak, yang juga dikenali dengan nama gelanggangnya Ekin Kak Long, memutuskan untuk menyertai Muay Thai selepas melihat penglibatan suaminya, Ahmad Fadzillah Ahmad Mustafa dalam sukan itu serta mahu cabaran baru dalam hidup.

Persediaan untuk pertarungan bukanlah sesuatu yang mudah bagi Norma, yang terikat dengan rutin harian serta tanggungjawab terhadap keluarga. Beliau memulakan latihan pada Februari selepas membuat keputusan untuk menyertai AMA 5 Best Revenge Kick Boxing Championship, yang diadakan pada November 2018. 

Norma yang bekerja sebagai pemandu van sekolah memulakan rutian hariannya seawal pagi. Beliau mula mengambil pelajar pukul 6.30 pagi dan seterusnya pada pukul 10.45 pagi. Norma menamatkan waktu kerja pada pukul 2 petang. 

Ketika waktu selang, Norma biasanya akan berlari sejauh 3 kiloeter di bawah 15 minit dan akan berhenti untuk menyediakan makanan kepada keluarganya. Pada sebelah petang, beliau akan berlari 3 kilometer lagi sebelum ke gim pada pukul 7 malam, di mana beliau dilatih oleh Raymond Martin dan Herry Rocko. 

Norma mengambil masa selama 9 bulan membuat persediaan, yang beliau tewas pada keputusan sebulat suara. Walaupun tewas, Norma kekal bersemangat tinggi dan berkata beliau mahu meneruskan latihan dengan lebih gigih untuk bertanding pada Kejuaraan Muay Thai Kuda Merah. – 10 November, 2018

Iklan
Iklan