Iklan

Serbuan cegah maksiat Skuad Badar

Kamal Ariffin6 years ago15th Nov 2018Foto
Badar tmikamal 06  full
Ahli Skuad Badar memeriksa buku log pendaftaran hotel ketika serbuan cegah maksiat di Sungai Petani, Kedah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 15 November, 2018.
Iklan

TERDAPAT perdebatan yang semakin meningkat dalam masyarakat bahawa imej Islam akan diperhebatkan hanya apabila perbuatan zina dipantau dan dibendung. Atau kita dipengaruhi oleh satu kumpulan yang menggelarkan diri mereka Skuad Badar di Sungai Petani, Kedah. 

Secara umumnya, penduduk di Sungai Petani menghargai apa yang dilakukan kumpulan ini untuk membanteras aktiviti tidak bermoral di bandar mereka. 

Bagaimanapun, terdapat juga kebimbangan yang tindakan kumpulan itu walaupun dengan niat baik, menyalahi undang-undang. Terdapat juga penduduk yang tidak senang dengan aktiviti skuad ini. 

Sejak dua tahun lalu, kumpulan persendirian ini yang terdiri daripada 20 hingga 40 orang lelaki, merancang serbuan di hotel bajet dan kawasan taman awam hampir setiap minggu bagi mengekang akvititi penzinaan. 

Mereka yang ditahan dibawa ke kawasan tanah perkuburan untuk diberikan kaunseling. – 15 November, 2018

Iklan
Iklan