Iklan

Pemanah Malaysia sasar tepat dua emas

Zainal Abd Halim7 years ago17th Aug 2017Foto
Archery women 02
Nurul Syazhera Asmi, atlit memanah Malaysia beraksi dalam pusingan akhir acara Memanah Compound Wanita Berpasukan di Lapangan Memanah Majlis Sukan Negara Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 17 Ogos, 2017. – Gambar The Malaysian Insight oleh Zainal Abdul Halim, 17 Ogos, 2017.
Iklan

Malaysia meraih dua pingat emas apabila pasukan memanah compound lelaki dan wanita beraksi cemerlang di Lapangan Memanah Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil hari ini.

Trio pasukan memanah compound wanita, Fatin Nurfatehah Mat Salleh, Nurul Syazhera Mohd Asmi dan Saritha Nam Chong mengalahkan regu Vietnam dengan kiraan 253-252.

Manakala, emas kedua disumbangkan pasukan memanah compound lelaki terdiri daripada Zulfadhli Ruslan, Lee Kin Lip dan Mohd Juwaidi Mazuki yang menewaskan Alan Lee, Pang Toh Jin dan Ang Han Teng dari Singapura. – 17 Ogos, 2017.

Iklan
Iklan