Iklan

Pasangan memanah negara raih pingat emas

Najjua Zulkefli7 years ago18th Aug 2017Foto
Kuala lumpur sea games 2017 day 2 03
Atlet memanah Malaysia Mohd Juwaidi dan Fatin Nurfatehah Mat Salleh merakam kenangan selepas menerima pingat emas dalam acara Mixed Compund di Sukan SEA ke-29 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 18 Ogos, 2017.
Iklan

MALAYSIA menambah satu lagi pingat emas melalui acara memanah compound berpasukan campuran pada Sukan SEA ke-29 di Padang Sintetik Majlis Sukan Negara (MSN), hari ini.  

Gandingan Mohd Juwaidi Mazuki dan Fatin Nurfatehan Mat Salleh sekali gus mempertahan pingat emas di Singapura selepas menewaskan pasukan Myanmar yang memperolehi pingat perak manakala pingat gangsa diraih pasukan dari Vietnam.

Malaysia kini mendahului dengan tiga belas keseluruhan pingat yang berjaya dikutip iaitu tujuh emas, tiga perak dan tiga gangsa  diikuti Myanmar dan Indonesia. – 18 Ogos, 2017.

Iklan
Iklan