Iklan

Rumah peti besi Azree

Hasnoor Hussain7 years ago20th Aug 2017Foto
Cargo container house 20170812 hasnoor 005
Rumah kontena Azree bermodalkan hanya RM75,000 dibina di atas sebidang tanah seluas 80x30 kaki persegi atau lebih kurang 222 meter persegi di Kampung Sijangkang, Telok Panglima Garang di Kuala Langat, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 19 Ogos, 2017.
Iklan

KERANA kecewa dengan harga rumah yang mencecah sampai ratusan ribu ringgit, seorang anak muda membina rumah kontena bermodalkan hanya RM75,000 – jauh dari hiruk-pikuk kota.

Rumah dari peti besi terpakai yang digunakan untuk mengangkut barang itu dibinanya di atas sebidang tanah seluas 80x30 kaki persegi atau lebih kurang 222 meter persegi. 

Muhamad Azree Abd Rahim, 28, tidak kisah duduk jauh dari bandar kerana sudah terbiasa dengan suasana kampung.

Malah bagi pereka laman web ini, rumah kontena pilihan terbaik anak muda kerana harganya yang lebih murah – tidak sampai RM100,000.

Rumah peti besi ini pernah tular di media sosial. Kerana tular berita tentang rumah yang unik ini, banyak juga orang datang ke kampung itu termasuk pelancong dari luar negara. Ada yang datang hanya untuk menjenguk. Ada juga yang datang mencari Azree dan meminta petunjuk.

“Saya tidak menyediakan khidmat membuat rumah kontena tetapi saya boleh beri panduan jika ada yang berminat,” katanya. – 20 Ogos, 2017.                    

Iklan
Iklan