Iklan

Bangkit Bersama KL2017- Hari pertama

Zainal Abd HalimNajjua Zulkefli7 years ago21st Aug 2017Foto
Men gymnastics 07
Chau Jern Rong atlit pasukan gimnastik artistik Malaysia ketika acara kekuda berpelana pada Sukan Sea Ke-29 di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Zainal Abd Halim, 21 Ogos, 2017.
Iklan

MENDAPAT semangat emas awal pagi yang diraih pasukan sukan berkuda Sukan Sea diketuai Sultan Mizan Zainal Abidin, kontijen Malaysia melangsaikan misi memburu emas dengan penuh bergaya pada hari pertama rasmi Sukan Sea Ke 29 Kuala Lumpur 2017.

Sehari selepas majlis gilang gemilang di Stadium Nasional yang menerima pujian atlit, kontijen, pegawai rasmi dan pemerhati, misi emas bermula apabila pasukan sukan berkuda menyapu bersih dua emas yang ditawarkan pada acara 80km berpasukan dan kategori individu di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu di Setiu.

Malaysia kini mendahului dengan kutipan 16 emas, 10 perak dan sembilan gangsa selepas tujuh hari pertandingan sejak kejohanan bermula 14 Ogos lalu. Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 akan berakhir pada 30 Ogos. Sebanyak 404 acara dalam 38 sukan dipertandingkan. – 21 Ogos, 2017.

Iklan
Iklan