Iklan

KL 2017: Malaysia terus mara pada hari ke-2

Najjua ZulkefliZainal Abd Halim7 years ago22nd Aug 2017Foto
Kuala lumpur sea games 2017 day 5 02
Gimnas negara Farah Ann Abdul Hadi memperlihatkan aksi menari dalam acara Wanita Artistik Subdivision 2 di temasya Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur yang sedang berlangsung. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 22 Ogos 2017.
Iklan

MALAYSIA meneruskan rentak positif pada hari kedua Sukan SEA ke-29 yang menyaksikan lapan pingat emas berjaya diraih dalam acara recurve berpasukan lelaki dan wanita serta Yeap Wai Kin bagi acara wushu menjadikan pungutan pingat negara kepada 24 emas, 19 perak dan 14 gangsa.

Perenang Welson Sim adalah antara wira dengan permulaan hebat di Pusat Akuatik Negara, mengatasi tiga saat masanya sendiri bagi acara 400m gaya bebas dalam tempoh 3:50.26s, meleburkan lima rekod kejohanan di dalam enam perlumbaan.

Malaysia mengakhiri hari dengan kejayaan pasukan bola sepak kebangsaan ke separuh akhir selepas menumpaskan Myanmar 3-1 dalam Kumpulan A. – 22 Ogos, 2017.
 

Iklan
Iklan