Iklan

Adib pulang, Malaysia berduka

Adib firefighter 181218 tmiseth 05
Jenazah Muhammad Adib Mohd Kassim meninggalkan lapangan terbang Subang untuk diterbangkan ke kampung halamannya di Kedah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 18 Disember, 2018.
Iklan

MUHAMMAD Adib Mohd Kassim, 24, anggota bomba yang cedera parah diserang perusuh dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield pada 27 November lepas meninggal dunia malam tadi. 

Hero negara itu bertarung nyawa di Institut Jantung Negara (IJN) selepas kecederaan parah di paru-paru, jantung dan buah pinggangnya, tumpas malam tadi, walaupun keadaannya dilaporkan semakin pulih sebelum ini. Kematiannya kini disiasat sebagai kes bunuh. 

Jenazahnya diterbangkan dari Lapangan Terbang Subang menggunakan helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pagi tadi, selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Kuala Lumpur.

Adib yang sepatutnya melangsungkan majlis perkahwinan 22 Disember ini akan dikebumikan di Kampung Tebengau, Kuala Kedah. 

Antara yang turut hadir memberikan penghormatan terakhir di Subang ialah Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Dr Siti Hasmah Mohd Ali. – 18 Disember, 2018.

Iklan
Iklan