Iklan

‘Speedy Jantan’ raja pecut, Malaysia raih 40 pingat emas

Zainal Abd HalimNajjua Zulkefli7 years ago23rd Aug 2017Foto
Kuala lumpur sea games 2017 day 6 04
Khairul Hafiz Jantan meraikan kemenangannya memperoleh emas selepas menamatkan kemarau 14 tahun Malaysia dalam acara lari 100m pada Sukan SEA ke-29 di Stadium Negara Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 23 Ogos, 2017.
Iklan

PELARI pecut muda Khairul Hafiz Jantan dinobatkan sebagai lelaki terpantas di Asia Tenggara, selepas muncul juara dalam final 100m lelaki pada Sukan SEA ke-29 malam tadi.

Dengan jutaan rakyat Malaysia menanti di kaca televisyen dan ribuan lagi hadir di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pelari berusia 19 tahun yang digelar “Speedy Jantan” itu dengan wajah tenang dan senyuman di bibirnya, menewaskan juara sebelum ini Eric Shauwn Cray dari Filipina, menambah emas kepada 16 pingat dimenangi atlet Malaysia semalam.

Malaysia kekal berada di tangga teratas dengan jumlah pungutan 40 emas setakat ini, diikuti Singapura dengan 20 pingat, sementara tempat ketiga Vietnam (16) dan Singapura (12) sementara Filipina lapan pingat dan Myanmar empat. – 23 Ogos, 2017.

Iklan
Iklan