Iklan

Impian Malaysia menang 111 emas hampir jadi kenyataan

Zainal Abd HalimNajjua Zulkefli7 years ago25th Aug 2017Foto
Sea games boxing 06
Muhamad Fuad Redzuan mengalirkan air mata ketika tumbukannya membawa emas untuk negara dalam kategori light flyweight (49 kg) selepas menewaskan Thani Narinram dari Thailand, semalam. – Gambar The Malaysian Insight oleh Zainal Abd Halim, 25 Ogos, 2017.
Iklan

MALAYSIA meraih pingat emas ke-13 pada pertengahan saingan temasya Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) semalam selaku pendahulu carta kedudukan dengan 63 pingat dan sekali gus merapatkan jurang memburu 111 pingat emas.

Antara yang menyinar semalam ialah atlet tukul besi wanita, Grace Wong yang berusia 16 tahun, petinju negara bertubuh kecil, Muhammad Fuad Mohd Redzuan dan skuad karate kebangsaan yang sekali lagi menunjukkan prestasi terbaik, dengan mudah menamatkan cabaran meraih dua lagi emas acara kata berpasukan lelaki dan kumite berpasukan wanita keseluruhan tujuh pingat yang berlangsung selama tiga hari.

Ekuestrian, silat, menembak, tenpin boling, boling padang, renang, petanque, kriket serta skuasy, masing-masing menambah satu pingat. – 25 Ogos, 2017.

Iklan
Iklan