Iklan

68 emas di tangan Malaysia, boling menang berganda

Zainal Abd HalimNajjua Zulkefli7 years ago26th Aug 2017Foto
Sea games bowling
Masih berbisa, Shalin Zulkifli dibaluti Jalur Gemilang bergambar bersama pingat emas selepas memenangi master wanita di Sunway Mega Lanes, Kuala Lumpur dalam pertandingan akhir yang mendebarkan. – Gambar KL2017, 26 Ogos, 2017.
Iklan

BINTANG senior, Shalin Zulkifli yang juga ikon boling negara dan bintang negara Muhammad Rafiq Ismail mencetuskan fenomena apabila meraih gelaran berganda dalam pertarungan penuh mendebarkan acara masters lelaki dan wanita pada temasya Sukan SEA ke-29, semalam.

Kontinjen Malaysia semalam menambah lima lagi emas untuk terus mengekalkan kedudukan tertinggi dalam temasya itu dengan pungutan pingat dengan 68 emas, 46 perak dan 44 gangsa.

Vietnam yang terus meraih emas acara renang dan olahraga, kekal di tangga kedua keseluruhan dengan 43 emas, diikuti rapat Singapura dengan 39 pingat.

Hari ini, perlawanan kemuncak bola sepak separuh akhir lelaki dengan Indonesia di Stadium Shah Alam bakal disaksikan 70,000 peminat manaka acara terjun dan gimrama dijangka menjadi lubuk emas negara. – 26 Ogos, 2017.

Iklan
Iklan