Iklan

Pengutip sampah di tapak pelupusan Kayu Madang

Irwan Majid6 years ago9th Jan 2019Foto
Landfill scavenger irwan 21  full
Budak lelaki berdiri di atas timbunan sampah berlatarbelakangkan burung bangau terbang di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Kota Kinabalu.– Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 9 Januari, 2019
Iklan

TAPAK pelupusan sampah Kayu Madang berkeluasan 145 hektar dekat Kota Kinabalu, Sabah bukan sahaja menjadi “tempat kerja” bagi pendatang asing tanpa izin dari Filipina, malah ia juga menjadi kediaman mereka kerana bimbang ditahan pihak berkuasa sekiranya bekerja di tempat lain.

Tapak berkenaan merupakan satu-satnya tapak pelupusan di pantai barat Sabah dan menerima lebih 800 tan sampah sehari dari Papar, Tuaran, Kota Belud, Kota Kinabalu dan Putatan.

Kebanyakan pekerja di sini adalah dari etnik Bajau Ubian dan datang ke Sabah secara haram.

Ada diantara mereka merupakan pemegang kad IMM13 untuk pelarian manakala yang lainnya tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.– 9 Januari, 2019

Iklan
Iklan