Iklan

Dilema petani Cameron Highlands

Hasnoor Hussain6 years ago24th Jan 2019Foto
Gallery cameron highlands land issue 20190117 tmihasnoor 001
Seorang pekerja asing sedang menuai hasil tanaman sayur kubis di sebuah ladang di Cameron Highlands, Pahang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 24 Januari, 2019.
Iklan

CAMERON Highlands terkenal kerana cuaca dingin, strawberi, kebun sayur dan buahnya. Tetapi, bukan semua indah belaka di tanah tinggi ini, terutama sekali untuk petani.

Selain pembangunan tidak terkawal, ladang haram dan tanah runtuh, kebimbangan utama petani adalah berkaitan isu tanah- ketidakmampuan memiliki tanah yang mereka usahakan dan pembaharuan lesen operasi sementara (TOL).

Pemeriksaan dengan pejabat tanah mendapati daripada 712 km persegi tanah di Cameron Highlands, hanya 3% - atau 3,327 hektar dibahagikan kepada 2,100 plot- diberikan TOL.

Walaupun TOL perlu diperbaharui setiap tahun, setiap empat tahun sekali, petani terpaksa memohon semula lesen dan pejabat tanah akan menilai permohonan mereka.

9% lagi tanah Cameron Highlands atau 6,175 hektar, pula mendapat geran pertanian dan tanah kategori ini selalunya tidak mempunyai masalah untuk memperbaharui geran. – 24 Januari, 2019.

Iklan
Iklan