Iklan

PRK Cameron Highlands bermula hari ini

Hasnoor HussainIrwan Majid6 years ago26th Jan 2019Foto
Cameron election irwan 03
Para pengundi beratus untuk membuang undi di SMK Sultan Ahmad Shah di Cameron Highlands, Pahang. Suruhanjaya Pilihan Raya berkata terdapat 86 saluran mengundi dibuka bagi memastikan proses berjalan lancar. - Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 26 Januari, 2019.
Iklan

SELEPAS dua minggu berkempen dua minggu, 31,639 pengundi akan membuang undi pada pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands hari ini.

M. Manogaran daripada Pakatan Harapan, Ramli Mohd Nor daripada Barisan Nasional (BN), dan calon Bebas Wong Seng Yee dan Sallehudin Ab Talib berentap kerusi Parlimen ini.

Kesemua 29 pusat pengundian - 17 di Tanah Rata dan 12 di Jelai - dibuka sejak pukul 8 pagi.

Semua pusat ini akan ditutup secara berperingkat - satu pada pukul 1pm, lima (2pm), sembilan (3pm), satu (3.30pm), tujuh (4pm) dan enam (5.30pm).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, 86 saluran undi dibuka untuk memastikan proses membuang undi berjalan lancar.

Undian akan dikira di SK Sultan Ahmad Shah di Tanah Rata, dan untuk kali pertama, SPR akan menyiarkan prosesnya secara langsung di Facebook. – 26 Januari, 2019.

Iklan
Iklan