Iklan

Sultan Abdullah, Yang di-Pertuan Agong ke-16

Kamal AriffinHasnoor Hussain6 years ago31st Jan 2019Foto
Sultan pahang agong tmikamal 01  full
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Baginda hari ini melafaz sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi tempoh lima tahun. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 31 Januari, 2019.
Iklan

SULTAN Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini melafaz sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara, di Kuala Lumpur.

Baginda menggantikan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 6 Januari.

Sultan Abdullah dipilih sebagai Agong bagi tempoh lima tahun mulai hari ini pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251 (Khas) di Istana Negara pada 24 Januari lepas.

Malaysia merupakan salah satu daripada 43 negara yang mengamalkan sistem pemerintahan raja berperlembagaan. Sistem penggiliran antara sembilan raja Melayu adalah yang unik di dunia. – 31 Januari, 2019.

Iklan
Iklan