Iklan

6 dekad kebebasan Bangsa Malaysia

Merdeka children celebration tminazirsufari 02
Seorang kanak-kanak dengan Jalur Gemilang dilukis dipipinya pada sambutan Hari Kebangsaan Ke-60 di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 31 Ogos, 2017.
Iklan

SEPERTI menyelak helaian kitab sejarah yang bermula sejak kemerdekaan dicapai negara pada 31 Ogos 1957.

Sejarah kebebasan Malaysia yang kini mencecah usia 60 tahun dipersembahkan penuh nostalgia dan istimewa pada sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka hari ini.

Disaksikan puluhan ribu rakyat yang berhimpun di tempat bersejarah itu, serta jutaan rakyat yang menyaksikan melalui siaran langsung di kaca televisyen, sambutan tahun ini tertumpu kepada bagaimana negara kita dibina dengan mendepani cabaran bersama dan manfaat perkongsian kuasa antara negeri yang membentuk Malaysia.

Kembara Merdeka Malaysia di bawah pentadbiran enam perdana menteri yang dipersembahkan kepada rakyat, bermula daripada sebuah negara baru bebas sehinggalah menjadi sebuah negara membangun aman harmoni.  – 31 Ogos, 2017.

Iklan
Iklan