Iklan

Nasib bergantung hasil kelapa

Hasnoor Hussain6 years ago11th Feb 2019Foto
Bagan datok coconut tmihasnoor 004
Seorang pekerja di ladang Bagan Datuk di Perak memeriksa kelapa yang tidak terjual selama berbulan-bulan dan mula ditumbuhi daun. Permintaan terhadap buah itu menurun sejak lapan bulan lalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 11 Februari, 2019.
Iklan

KELAPA merupakan sumber pendapatan kebanyakan penduduk di Kampung Selekoh di Bagan Datuk, Perak. Bagaimanapun kejatuhan harga kelapa di bawah RM1 sebiji  sejak lapan bulan lalu, menyebabkan penduduk menerima kesan. Peladang mendakwa kelapa import dari Indonesia menjejaskan perniagaan mereka yang dijalankan secara kecil-kecilan.

Ismail, 59, bekerja di ladang kelapa sejak zaman kanak-kanak. Dia mewarisi ladang kelapa dari bapanya. Dia hanya memiliki kepakaran mengopek kelapa. Malah selain Ismail, ramai keluarga di kampung itu yang bergantung kepada tanaman kelapa untuk menampung kehidupan seharian.

Bagan Datuk terletak di barat laut Perak, iaitu sebuah kawasan yang terdapat banyak pokok kelapa. Kebanyakan aktiviti ekonomi di kampung itu bergantung kepada industri kelapa termasuk mengopek sehingga menghasilkan produk berasaskan kelapa. – 11 Februari, 2019.

Iklan
Iklan