Iklan

Industri sirip yu masih wujud di Sabah 

Irwan Majid6 years ago13th Feb 2019Foto
Shark10  full
Tiga spesis ikan yu yang siripnya sudah dipotong dijual di pasar di Kota Kinabalu, Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 13 Februari, 2019
Iklan

SEJUMLAH besar ikan yu daripada pelbagai spesis didaratkan di jeti Sabah Fish Marketing (Safma) di Kota Kinabalu membuktikan haiwan laut itu bukan sekadar tangkapan yang tidak disengajakan, kata Jabatan Perikanan.

Ia sengaja ditangkap dan dijual untuk meraih keuntungan.

Terdapat lebih 50 spesis ikan yu dan 66 spesis ikan pari di perairan Sabah.

Undang-undang yang dikuatkuasakan untuk mengawal industri berkenaan hanya Peraturan-Peraturan Perikanan (Pengawalan Spesies Ikan Yang Terancam) 1999 dan Akta Perikanan 1985 yang sudah dipinda.

Jabatan berkenaan juga sedang memasukkan spesis ikan yu tukul, ikan yu tukul lembut, pari lang gergasi, pari lang karang dan ikan yu sirip putih ke dalam senarai spesis yang dilindungi. – 13 Februari, 2019

Iklan
Iklan