Iklan

Apabila matahari terbenam di Tanjung Aru…

Irwan Majid6 years ago28th Feb 2019Foto
Tanjung aru sabah027
Seorang nelayan kampung bersama jaring miliknya di Tanjung Aru. Kebanyakan penduduk kampung di situ adalah nelayan. . – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 28 Februari 2019.
Iklan

UNTUK kali ketiga, Sabah sekali lagi cuba membangunkan pantai Tanjung Aru di Kota Kinabalu yang dikenali sebagai tempat terbaik di bumi untuk melihat matahari terbenam.

Usaha ini akan menyaksikan pembinaan beberapa hotel dengan 1,800 bilik, 22 pembangunan kediaman dengan lebih 4,000 tempat tinggal baharu, taman tema air, lorong berbasikal khusus dan laluan bas elektrik.

Pembinaan ini akan menjadikan Tanjung Aru sebagai lokasi tumpuan untuk golongan kaya dan terkenal.

Bagaimanapun penduduk sekitar yang tidak bersetuju dengan rancangan itu mahu kawasan di tepi pantai terletak hanya lima minit dari Kota Kinabalu ini tidak diusik bagi membolehkan ia diakses sepenuhnya oleh orang ramai.

Setiap petang, penduduk tempatan dan pelancong bersiar-siar di Taman Prince Philip terletak bersebelahan Tanjung Aru bagi menikmati pemandangan dan bunyi burung kakak tua di pokok ru yang terdapat di situ.

Menjelang petang, penjaja membuka gerai makanan dan minuman di sepanjang pantai sejauh 1.3 kilometer.

Beratus-ratus pengunjung datang bagi melihat matahari terbenam di Laut China Selatan.

Penduduk tempatan juga bimbang jika Tanjung Aru dibangunkan ia petanda berakhirnya punca rezeki peniaga di sekitar kawasan itu dan tidak ada lagi burung datang dari sekitar taman berdekatan. – 28 Februari, 2019.

Iklan
Iklan