Iklan

Umat Islam berhimpun bantah ancaman kedaulatan Islam

Hasnoor HussainDavid ST Loh6 years ago1st Mar 2019Foto
Himpunan aman ancaman kepada kedaulatan islam 20190301 hasnoor 007
Perhimpunan hari ini diadakan sebagai membantah beberapa insiden yang didakwa menghina agama Islam sejak kebelakangan ini, yang mengguris perasaan dan menimbulkan kemarahan umat Islam di Malaysia. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 1 Mac, 2019.
Iklan

SUSULAN seorang pengguna Facebook menghina Nabi Nabi Muhammad dan isteri baginda, Saiyidatina Aisyah minggu lalu, kumpulan-kumpulan pembela Melayu hari ini mengadakan himpunan bantahan di seluruh negara.

Perhimpunan hari ini diadakan sebagai membantah beberapa insiden yang didakwa menghina agama Islam sejak kebelakangan ini, yang mengguris perasaan dan menimbulkan kemarahan umat Islam di Malaysia.

Himpunan yang diadakan selepas solat Jumaat itu mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menghina agama Islam.

Di Masjid Negara, Himpunan Aman Ancaman Kepada Kedaulatan Islam anjuran Gerakan Pembela Ummah (Ummah), turut disertai Umno dan PAS. Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata umat Islam akan mengadakan satu lagi perhimpunan lebih besar sekiranya kerajaan membiarkan agama Islam dan Nabi Muhammad terus dihina.

Seramai 300 orang berhimpun di hadapan Masjid Negara, berkata mereka bersedia mati untuk mempertahankan Nabi Muhammad.

Himpunan juga diadakan di Pulau Pinang, disertai Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). – 1 Mac, 2019.

Iklan
Iklan