Iklan

Kemeriahan lumba kerbau besi di Pesta Angin Timur

Hasnoor Hussain6 years ago3rd Mar 2019Foto
Iron buffalo race 20190302 hasnoor 036
Seorang peserta mengambil giliran sambil mengawal mesin bajaknya semasa perlumbaan kerbau besi pada Pesta Angin Timur di Kangar, Perlis. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 3 Mac, 2019.
Iklan

BAGI negeri berasaskan pertanian seperti Perlis, Februari dan Mac adalah “masa rehat” selepas kerja keras di bendang ketika musim menuai selesai.

Bulan ini juga menandakan peralihan dari cuaca sejuk kepada kering dan berangin kerana suhu meningkat melebihi 35 darjah Celsius di negeri ini.

Oleh itu, sawah padi akan kering hinggalah musim hujan seterusnya dan kemudian petani akan kembali menanam padi.

Bagi memenuhi masa lapang para petani, kerajaan negeri dengan beberapa agensi, seperti Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan Jabatan Pertanian, menganjurkan festival menuai yang dikenali sebagai Pesta Angin Timur.

Satu daripada permainan dan pertunjukan termasuklah lumba kerbau besi.

Sebelum ini, petani menggunakan kerbau untuk membajak sawah tetapi ia kini digantikan dengan mesin sejak 30 tahun yang lalu.

Bagaimanapun, semasa Pesta Angin Timur, pesawah muda menyertai perlumbaan kerbau besi di bendang sawah yang kering di Kangar, Perlis. – 3 Mac, 2019.

Iklan
Iklan