Iklan

5 tahun berlalu, waris MH370 terus menanti misteri terungkai

Afif Abd Halim6 years ago4th Mar 2019Foto
Mh370 gallery 201900302 tmiafif 24
Ahli keluarga memegang lilin semasa acara memperingati mangsa MH370 disebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 4 Mac, 2019.
Iklan

LIMA tahun selepas kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, ahli keluarga mangsa tetap berharap misteri di sebalik tragedi itu akan terungkai satu hari nanti.

Pada acara peringatan di Kuala Lumpur, beberapa ahli keluarga penumpang dan anak kapal yang menaiki penerbangan malang itu berkata mereka akan terus berjuang untuk mendapatkan jawapan walaupun operasi pencarian dalam laut terhadap pesawat itu menemui kegagalan.

Penerbangan MH370 hilang dari skrin radar ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014. Kehilangan itu adalah antara misteri penerbangan terbesar di dunia. – 4 Mac, 2019.

Iklan
Iklan