Iklan

Indahnya Pulau Kukup!

Nazir Sufari6 years ago7th Mar 2019Foto
Pulau kukup tmi 33 copy
Pelancong di Pulau Kukup, terletak di Pontian, Johor. Pulau tidak berpenghuni itu digazetkan sebagai taman negara 21 tahun lalu dan dianggap salah satu hutan paya bakau berharga dilindungi dunia. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 7 Mac, 2019.
Iklan

STATUS Pulau Kukup menjadi tumpuan ramai selepas keputusan Johor membatalkan statusnya sebagai taman negara dan memasukkannya dalam senarai “tanah kesultanan” di bawah Enakmen Tanah Kesultanan 1934, sekaligus meletakkan pulau berharga itu dalam kuasa Sultan Johor.

Pulau Kukup adalah pulau paya bakau kedua terbesar dunia yang tidak berpenghuni dan diletakkan dalam senarai “Paya Bakau dengan Kepentingan Antarabangsa” di bawah Konvensyen Ramsar 1971.

Buat masa kini, Johor mempunyai enam taman negara, termasuklah Endau-Rompin Peta, Endau-Rompin Selai, Tanjung Piai, Pulau Kukup, Gunung Ledang dan Taman Marin Sultan Iskandar.

Pulau Kukup seluas 647 hektar dan dikelilingi hampir 800 hektar dataran berlumpur.

Pulau tidak berpenghuni itu digazetkan sebagai taman negara 21 tahun lalu dan dianggap salah sebuah hutan paya bakau berharga yang dilindungi di dunia. – 7 Mac, 2019.

Iklan
Iklan