Iklan

'Menuai' ikan di pesta Tagal

Irwan Majid6 years ago19th Mar 2019Foto
Lingga kiulu013
Penduduk kampung menggunakan jaring untuk menangkap ikan pelian semasa pesta Tagal di Kampung Lingga, Kiulu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 19 Mac, 2019.
Iklan

“TAGAL” mungkin satu perkataan asing kepada sesetengah orang tetapi bagi kaum KadazanDusun Sabah, ia adalah amalan tradisi yang bertujuan memulihara ekosistem sungai.

Tagal merujuk kepada larangan menangkap ikan dalam tempoh tertentu dan beramai-ramai “menuai” hasilnya sekali setahun.

Para saintis mengatakan “tagal” adalah satu sistem yang terkehadapan daripada zamannya walaupun ia merupakan amalan lama yang diturunkan sejak bergenerasi lamanya.

Hari ini, kampung yang mengamalkan sistem ini menikmati banyak hasil tangkapan ikan yang boleh dijual di pasar.

Amalan tagal ini termaktub dalam undang-undang adat dan mereka yang melanggarnya akan dikenakan dengan berupa seekor lembu.

Bagi sesetengah tempat, tempoh larangan boleh berlangsung sehingga dua tahun dan penduduk hanya dibenarkan menangkap ikan sekali dalam setiap enam bulan.

Pada masa itu, para peserta akan boleh menangkap ikan sebanyak mungkin dalam tempoh kira-kira lima jam. – 19 Mac, 2019

Iklan
Iklan