Iklan

Sungai Kim Kim kini bebas sisa kimia

Nazir Sufari6 years ago30th Mar 2019Foto
Iklan

JABATAN Alam Sekitar (JAS) sudah memberi jaminan yang Sungai Kim Kim di Pasir Gudang bebas pencemaran selepas operasi pembersihan besar-besaran dilakukan.

Pengarah JAS Dr Mohammad Ezzani Mat Salleh berkata ujian menunjukkan kualiti udara kawasan itu berada pada tahap selamat.

Pelupusan bahan kimia haram di sungai itu dua minggu lalu memberi kesan buruk kepada kesihatan lebih 1,000 orang, kebanyakannya pelajar sekolar berhampiran Sungai Kim Kim.

JAS berkata 20 tan bahan kimia mungkin dibuang ke dalam sungai tersebut, mencetuskan krisis kesihatan awam dan alam sekitar.

111 buah sekolah di seluruh Pasir Gudang diarah tutup sejak krisis tercetus, yang bermula pada 7 Mac apabila pelajar sekolah mula jatuh sakit. Sekolah yang ditutup akan mula dibuka esok. – 30 Mac, 2019.

Iklan
Iklan