Iklan

Keistimewaan Autism Cafe Project

Afif Abd Halim6 years ago2nd Apr 2019Foto
Autism project 201900402 afif 02
Autism Cafe Project yang terletak di Kompleks 1M4U, Puchong dibuka pada 2016. Pekerjanya terdiri daripadanya golongan autistik yang belajar berinteraksi dengan pelanggan, mengambil pesanan dan menjalankan kerja-kerja ringan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 2 April, 2019.
Iklan

BERSEMPENA Hari Kesedaran Autisme Sedunia yang disambut pada 2 April setiap tahun, The Malaysian Insight melawat sebuah kafe di Puchong yang dikendalikan oleh individu autistik.

Autism Cafe Project merupakan inisiatif Mohd Adli Yahya, 55, yang membukanya pada Ogos 2016.

Adli membuka kafe itu bagi menyokong anak autistiknya, Mohamad Luqman, 19, yang juga salah seorang pekerja di situ.

Selepas melihat anaknya membesar dengan penuh kesukaran, Adli berhenti kerja sebagai pengarah eksekutif Standard Charted dan menubuhkan kafe bagi melatih remaja istimewa untuk hidup berdikari.

Bapa enam anak ini berkata, dia bimbang dengan masa depan Luqman dan percaya melalui kafe itu, anak-anak lain seperti anaknya akan mempunyai peluang untuk mempelajari kemahiran hidup serta hidup seperti orang lain.

“Saya mungkin mempunyai 10 hingga 15 tahun lagi untuk hidup, tetapi perjalanan anak saya masih jauh. Siapa yang akan menjaganya nanti?

“Sukar untuk mereka (remaja istimewa) untuk mendapat kerja. Saya harap dengan adanya kafe ini dapat membantunya apabila saya dan isteri tidak ada nanti,” katanya.

Beliau berkata, bersabar dan memberi bimbingan yang baik merupakan kunci kepada ibu bapa kepada anak-anak golongan istimewa.

Dengan dedikasi sedemikian katanya, setiap anak autistik akan mempunyai masa depan yang cerah.

Memetik kata-kata, autism tidak datang dengan manual, ia datang dengan ibu bapa yang tidak menyerah.

Autism Cafe Project  beroperasi tiga hari seminggu pada Khamis, Jumaat dan Sabtu bermula jam 9 pagi.

Kafe ini menyediakan pelbagai makanan tempatan dan kek. Mereka juga menyediakan perkhidmatan katering dan menjual barangan lain. – April 2, 2019.

Iklan
Iklan