Iklan

Kehebatan dan keindahan Gunung Kinabalu

Irwan Majid6 years ago11th Apr 2019Foto
Kinabalu world heritage013
Pemandangan menakjubkan Bima Sakti di atas Puncak Selatan di Gunung Kinabalu. Masa terbaik untuk melihat Bima Sakti adalah sekitar April dan Julai. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 11 April, 2019.
Iklan

TAMAN-TAMAN Sabah (TTS) komited untuk memelihara status Warisan Dunia Unesco bagi Gunung Kinabalu walaupun terdapat peningkatan jumlah pendaki harian.

Pengarahnya, Dr Jamili Nais berkata pembukaan rasmi penginapan baru yang dinamakan Mokodou dan Kinatoki iaitu hostel 50 katil akan menambah bilangan pendaki kepada 165 berbanding had maksimum 135 sehari.

Hostel itu akan menggantikan Hostel Panarlaban dan pusat penginapan Gunting Lagadan yang rosak semasa gempa bumi pada 2015.

“Selepas gempa bumi, para pendaki hanya terhad kepada 135 orang. Sebagai percubaan, kami menetapkan 165 orang dan akan menambah kepada bilangan maksimum 185 pendaki, yang masih berada di bawah kapasiti.”

Gempa bumi berskala 5.9 magnitud selama 10 saat itu mengorbankan 18 nyawa dan aktiviti mendaki digantung selama hampir tiga bulan.

Laluan 8.72km dari Pintu Gerbang Timpohon ke Lows Peak pada ketinggian 4,095m dibuka semula pada 1 September 2015.

Penginapan yang sedia ada di Panalaban dibina oleh tentera semasa pentadbiran Berjaya pada awal tahun 1980-an. Gunung Kinabalu, puncak tertinggi di rantau ini pada 13,435 kaki (4,095m) adalah Tapak Warisan Dunia. – 11 April, 2019.

Iklan
Iklan