Iklan

Cinta dan didikan untuk ibu tanpa nikah

Seth Akmal7 years ago15th Sep 2017Foto
Unmarried mother 230817 tmiseth 01
Bayangan seorang penghuni Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 15 September , 2017.
Iklan

SEJAK 19 tahun lalu, Raudhatus Sakinah menjadi pusat perlindungan dan pendidikan kepada belia yang berdepan masalah sosial, terutamanya gadis yang mengandungkan anak tidak sah taraf di Selangor.

Pusat itu ditubuhkan bertujuan menawarkan peluang kedua kepada gadis remaja. Tahun ini sahaja, pusat itu menerima 35 belia dan menawarkan perlindungan dan pendidikan kepada mereka selama 15 bulan.

Pada 2016, statistik Kementerian Kesihatan mengatakan sejumlah 3,980 daripada 13,831 remaja berusia 10 hingga 19 tahun mengandungkan anak tidak sah taraf.

Pusat perlindungan itu menyediakan modul untuk mendidik remaja berkenaan, seperti pengajian Islam, seni dan aktiviti rekreasi. – 15 September, 2017.

Iklan
Iklan