Iklan

Kampung lama yang akan berubah selamanya

Irwan Majid6 years ago20th Apr 2019Foto
Ketiau land008
Pemandangan Lebuhraya Pan borneo dari Kinarut, Sabah. Ia adalah sebahagian daripada Jalan Lingkaran Luar Kota Kinabalu, yang melalui Kampung Dumpil, Ketiau dan Duvanson. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 20 April, 2019.
Iklan

KEINDAHAN sebuah kampung berusia 125 tahun di Putatan akan berubah selamanya apabila pembinaan Lebuhraya Pan Borneo melalui Kampung Ketiau yang merupakan perkampungan nelayan.

Pembinaan lebuh raya itu adalah sebahagian Jalan Lingkaran Luar Kota Kinabalu, yang melibatkan pembinaan sejauh 3.6km, melalui Kampung Dumpil, Ketiau dan Duvanson.

Kebanyakan penduduknya berasal dari kumpulan etnik Bajau dengan keluarga menjangkau empat generasi.

Secara tradisinya, penduduknya adalah nelayan tetapi kira-kira dua generasi yang lalu ramai yang memperoleh kerja di bandar.

Kebanyakan belia kini lebih suka bekerja di pejabat dan bukannya meneruskan pekerjaan nenek moyang mereka sebagai nelayan.

Kediaman 11 penduduk kampung akan dimusnahkan untuk memberi laluan kepada pembinaan jalan, tetapi masih belum menerima pampasan daripada kerajaan negeri.

Dipercayai Jabatan Kerja Raya Negeri melambatkan pembayaran kerana harganya yang terlalu tinggi.

Harga itu dipersetujui semasa pentadbiran Barisan Nasional tetapi disemak semula oleh kerajaan yang dipimpin oleh Warisan, yang mengambil alih pentadbiran negeri itu selepas pilihan raya 9 Mei tahun lepas. – 20 April, 2019.

Iklan
Iklan