Iklan

Sana sini plastik

Hasnoor Hussain6 years ago25th Apr 2019Foto
Plastic 20190405 hasnoor 08
Seekor itik kelihatan tersekat dengan beg plastik di Teluk Kumbar, Pulau Pinang. Sehingga trilion beg plastik dibuang setiap tahun di seluruh dunia. Plastik boleh termasuk dalam perut haiwan menyebabkan mereka rasa kenyang dan menghalangnya daripada makan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 25 April, 2019.
Iklan

DARI saat kita bangun tidur setiap pagi dan menggosok gigi hinggalah tiba kita memadam lampu di penghujung hari, kita dikelilingi dengan plastik.

Ia menjadi sesuatu yang penting dalam kehidupan moden, daripada sudu garpu, penyedut minuman dan botol hinggalah kepada komponen kereta dan pesawat.

Materialnya yang murah, ringan, tahan lasak dan mudah dibentuk, menjadikan permintaan produk itu amat tinggi. Contohnya, hampir sejuta botol minuman dijual setiap minit di seluruh dunia.

Namun, plastik tidak semurah yang kita fikirkan. Kosnya? Alam sekitar.

Malaysia berada di tempat kelapan negara paling teruk di dunia kerana sisa plastik, menurut satu kajian bertajuk “Plastic Waste Inputs from Land into the Ocean” dalam majalah Science edisi Februari 2015.

Kajian itu mendapati Malaysia menghasilkan hampir sejuta tan sisa plastik yang tidak diuruskan dengan baik pada 2010, iaitu 0.14 hingga 0.37 juta tan mungkin termasuk ke dalam lautan.

Jumlah itu menyumbang kepada lebih lima trilion bahan plastik terapung di lautan kita. – 25 April, 2019.

Iklan
Iklan