Iklan

Di sebalik tabir kebebasan media, ada wartawan menanti

Seth Akmal5 years ago3rd May 2019Foto
Press 251018 tmiseth 01
Wartawan menemuramah bekas perdana menteri Najib Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 3 Mei, 2019.
Iklan

HARI Kebebasan Media Sedunia jatuh pada 3 Mei, dan Malaysia menyaksikan peningkatan ketara dalam aspek ini. Negara melompat 22 anak tangga daripada 145 kepada 123 dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2019 dikeluarkan Reporters Without Borders.

Malaysia berada ditempat kedua dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Timor Leste berada di tangga 84 dunia seterusnya pertama di rantau ini. 

Skor dan ranking dinilai berasaskan tahap pluralisme, kebebasan media, persekitaran untuk media dan tapisan kendiri, kerangka perundangan, ketelusan serta kualiti infrastruktur yang menyokong penerbitan berita dan maklumat.

Penantian adalah “amalan kerja” biasa untuk wartawan Malaysia sejak tarikh keramat 9 Mei 2018. Malah, dalam industri ada kata-kata hikmah berbunyi “menunggu berjam, dapat bercakap beberapa minit”. 

Berdepan cabaran dan kesukaran, wartawan memainkan peranan penting untuk menggali, mendedah dan memaklumkan fakta serta kebenaran kepada rakyat tanpa rasa takut dan gentar. 

Selamat Hari Kebebasan Media! – 3 Mei, 2019.

Iklan
Iklan