Iklan

Segalanya ada di Pasar Kim Fung 

Irwan Majid5 years ago9th May 2019Foto
Old market sandakan001  full
Pasar Kim Fung merupakan lokasi tumpuan di Sandakan untuk mendapatkan makanan. Kebanyakan gerai peniaga di sini beroperasi dari awal pagi sehingga tengah malam.– Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 9 Mei, 2019
Iklan

BAGI kebanyakan masyarakat di Sandakan, pasar tempaan bukan hanya tempat untuk membeli barangan keperluan harian, seperti Pasar Kim Fung yang terletak di Batu 4, ia merupakan lokasi pertemuan dengan rakan untuk sarapan pagi, membaca akhbar dan untuk minum kopi.

Ini sebabnya mengapa ahli politik memilih untuk menjalankan kempen mereka di pasar tempatan, termasuk kempen yang sedang berlangsung pada pilihan raya kecil Sandakan yang akan berakhir pada tengah malam 10 Mei.

Bukan sahaja Pasar Kim Fung, pasar yang terletak di Batu 1,5, Jalan Utara berhampiran Kampung BDC dan satu lagi diBandar Sandakan turut menjadi tumpuan pengunjung, sama ada untuk mendapatkan makanan, mahupun barangan segar lain.

Selain sayuran, buah-buahan, ikan dan daging segar dijual di pasar ini, terdapat juga juadah seperti mi goreng, mi sup, ladu dan hidangan popular tempatan seperti kon lou men, bakso atau soto dan ikan bakar boleh didapati di pasar ini.

Kebanyakan peniaga sayur-sayuran dan buah-buahan dan daging akan beroperasi separuh hari sahaja, hanya beberapa peniaga makanan akan berniaga sehingga waktu malam. – 9 Mei, 2019

Iklan
Iklan