Iklan

Jangan ceroboh tanah kami

Hasnoor Hussain5 years ago26th May 2019Foto
Cunex 20190523 hasnoor 035
OrangAsli Tasik Cunex berdiri di jalan balak yang dahulunya anak sungai di Gerik, Perak. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 26 Mei, 2019.
Iklan

HASRAT penduduk Kg Tasik Cunex di Gerik, Perak hanyalah supaya tanah mereka tidak diceroboh dan kehidupan aman mereka tidak diganggu, kata Tok Batin Roslan Itam.

Mereka adalah komuniti Orang Asli terbaru yang berdepan konflik dengan penguasa dan pembalak; kali ini di Perak berkaitan tanah adat mereka.

Sejak Februari lalu, mereka berusaha menghalang kemasukan orang luar ke tanah mereka. Setiap petang, mereka membina sekatan untuk menghalang pembakal memasuki hutan mereka.

Tetapi, setiap sekatan ini akan dirobohkan pembalak dengan kerjasama penguasa negeri. 

Tanah yang dilindungi penduduk berkeluasan lebih kurang 5,058 hektar.

Orang Asli Kg Tasik Cunex adalah waris “Perak Man” yang hidup lebih 13,000 tahun lalu. – 26 Mei, 2019.

Iklan
Iklan