Iklan

Rezeki tertangguh penduduk Kuala Krai; air bersih

Seth Akmal5 years ago19th Jun 2019Foto
Kuala krai water story 170619 tmiseth 03
Seorang lelaki membuka pili air di Kg Sg Tias, Kuala Krai, Kelantan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 19 Jun, 2019.
Iklan

KELANTAN adalah salah sebuah daripada tiga negeri- selain Sabah dan Sarawak- yang mana akses kepada air bersih sudah mencapai tahap kritikal.

Berdekad lamanya, telaga cetek dicemari bangkai haiwan dan sampah sarap menjadi sumber air utama penduduk Kuala Krai.

Kerajaan Kelantan diterajui PAS tidak banyak berusaha untuk menyelesaikan masalah lapuk itu. Ia menyediakan paip untuk menghubungkan bekalan air telaga kepada rumah penduduk, tetapi airnya tidak ditapis.

Selepas banjir besar pada Disember 2014, penduduk Kuala Krai terpaksa bergantung kepada program dua tahun ditaja Maybank Islamic digerakkan oleh Mercy Malaysia untuk membina telaga tiub, tangki air dan empangan.

Penduduk berharap pembinaan sistem graviti air yang mengurangkan kos projek sebanyak 30% di kampung mereka yang terletak jauh di pendalaman dapat mengubah sumber bekalan air bersih.

Akhirnya, selepas bertahun penduduk tidak mendapat air bersih, mereka dapat merayakan Aidilfitri tahun ini tanpa gangguan bekalan. – 19 Jun, 2019.

Iklan
Iklan