Iklan

Di Teluk Jembal, Himpunan Fastaqim 2.0 PAS bermula

Nazir Sufari7 years ago30th Sep 2017Foto
Fastaqim photoessay 06
Muslimat PAS berniqab menaiki kenderaan 4x4 menuju tapak himpunan utama ketika Himpunan Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal di Kuala Nerus, Terengganu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 30 September, 2017.
Iklan

PULUHAN ribu ahli dan penyokong PAS membanjiri kawasan pantai Tok Jembal, Kuala Nerus, Terengganu sejak semalam, termasuk sesetengahnya yang bermalam di tepi pantai Laut China Selatan ini bagi Himpunan Fastaqim 2.0.

Anggaran kasar sekurang-kurangnya 35,000 hadirin berada di kawasan acara kemuncak, dengan ribuan lagi dijangka hadir untuk mendengar amanat Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Jalan raya dari Kuala Terengganu menuju ke kawasan Pantai Tok Jembal sesak sehingga beberapa kilometer dengan kenderaan pelbagai jenis yang bersusun hendak menghampiri kawasan acara di pantai Teluk Jembal. – 30 September, 2017.

Iklan
Iklan