Iklan

Nelayan tolak projek tambakan laut Pulau Pinang

Hasnoor Hussain5 years ago12th Jul 2019Foto
Penang south reclamation 1
Bendera tertera slogan menolak projek tambakan laut Pulau Pinang (PSR) di sebuah kampung nelayan di Teluk Kumbar. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 12 Julai, 2019.
Iklan

PROJEK tambakan laut selatan Pulau Pinang (PSR) akhirnya dapat kelulusan kerajaan untuk diteruskan.

Kelulusan berserta dengan 72 syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Lebih kurang 200 nelayan dari Perak dan Pulau Pinang, bersama aktivis alam sekitar berhimpun di pintu masuk Parlimen semalam untuk membantah projek kontoversi itu.

PSR melibatkan pembinaan tiga pulau buatan di selatan Pulau Pinang di mana sebahagian pulau-pulau ini akan dijual sebagai modal untuk menampung kos projek di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP). 

PTMP ialah projek inisiatif kerajaan negeri dengan kos dianggarkan RM46 bilion, merangkumi terowong dasar laut menghubungkan bahagian pulau ke tanah besar, lebuh raya, LRT, monorel serta rangkaian laluan bas secara menyeluruh di bahagian pulau dan tanah besar. – 12 Julai, 2019.

Iklan
Iklan