Iklan

Aktiviti bom ikan jejas hidupan marin Sabah

Irwan Majid5 years ago14th Jul 2019Foto
Fish bombs003
Perkampungan air Kampung Pondoh di Pulau Gaya adalah antara kawasan paling terkenal di Sabah kerana aktiviti bom ikan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 14 Julai, 2019.
Iklan

AKTIVITI bom ikan berlaku setiap hari di perairan Sabah, membahayakan nelayan dan kehidupan marin, kata pihak berkuasa Sabah.

Kekurangan penguatkuasaan di perairan menyebabkan penggunaan bom ikan yang berleluasa bagi penangkapan ikan secara haram, kata kumpulan nelayan, susulan kematian dua pelancong ketika menyelam.

Walaupun diharamkan, penggunaan bom ikan masih menjadi amalan popular kerana hasilnya  hampir tujuh kali ganda berbanding kaedah konvensional.

Bahan peledak, biasanya buatan sendiri, menyebabkan gelombang kuat yang membunuh atau membuatkan ikan terkejut sehingga terapung ke permukaan air. Para nelayan kemudian dengan mudah menyauknya dengan jaring.

Kos dan harga bom ikan tetap murah walaupun tangkapan semakin besar - sekurang-kurangnya dalam jangka masa pendek.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bersama-sama dengan agensi lain yang berkaitan akan meningkatkan operasi untuk memerangi pengeboman ikan di perairan Sabah. – 14 Julai, 2019.




 


 

Iklan
Iklan