Iklan

Keadilan buat mangsa MH17 selepas 5 tahun

Seth Akmal5 years ago18th Jul 2019Foto
Mh17 commemoration ceremony 170719 tmiseth 01
Lima lilin dinyalakan bagi menandakan lima tahun sejak tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 pada majlis peringatan yang diadakan di Suruhanjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 18 Julai, 2019.
Iklan

SURUHANJAYA Tinggi Australia dan Kedutaan Belanda di Malaysia hari ini mengadakan upacara memperingati mangsa pesawat MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 2014.

Antara yang hadir ialah keluarga mangsa, diplomat dari negara yang rakyatnya turut terkorban, wakil kerajaan dan kakitangan MAS.

Pada majlis itu keluarga mangsa menyampaikan penghargaan mereka kepada pasukan penyiasatan bersama yang dipimpin oleh Belanda (JIT) atas hasil usaha kerja mereka tanpa lelah.

MH17 terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ditembak jatuh oleh peluru berpandu buatan Rusia di Donetsk Ukraine kira-kira 40km dari sempadan Rusia.

Seramai 298 penumpang dan anak kapal terbunuh. Kesemua mereka adalah dari Malaysia, Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Belgium, Jerman, New Zealand, Kanada dan Filipina.  – 18 Julai, 2019.

Iklan
Iklan