Iklan

Perbicaraan Najib terganggu akibat ancaman bom

Afif Abd Halim5 years ago25th Jul 2019Foto
Najib razak src 201900725 afif 25
Polis telah mengepung pintu masuk ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dan tidak membenarkan sesiapa masuk ke kawasan bangunan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 25 Julai, 2019.
Iklan

HAKIM Nazlan menangguhkan prosiding hari ini setelah menerima ancaman bom daripada seseorang tidak dikenali.

Kompleks mahkamah dikosongkan pada jam 12.30 tengah hari tadi menyebabkan semua kes mahkamah pada hari ini terganggu termasuk perbicaraan kes SRC International membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak.

Orang ramai di dalam kompleks mahkamah dilihat mula keluar dari bangunan dan berkumpul di pintu masuk.

Polis telah mengepung pintu masuk kompleks mahkamah dan tidak membenarkan sesiapa untuk masuk ke dalam kawasan bangunan.

Ancaman bom itu dipercayai dibuat oleh seseorang yang tidak dikenali menghubungi polis pagi ini dan memberitahu ada bom di kompleks berkenaan.

Sumber ancaman masih belum dapat dipastikan.  – 25 Julai, 2019.

Iklan
Iklan