Iklan

Kuliah Pagi Jumaat di Serambi Mekah

Hasnoor Hussain7 years ago13th Oct 2017Foto
Kuliah pagi jumaat 01
Dua orang lelaki bersandar di mural bekas Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat di Medan Ilmu Tok Guru di Kota Baru, Kelantan. Bekas pemimpin PAS itu adalah pengasas Kuliah Pagi Jumaat sejak beberapa tahun lalu, sebelum beliau memegang kedua-dua jawatan tersebut lagi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 13 Oktober, 2017
Iklan

JUMAAT di Kota Baru, Kelantan pagi harinya akan diisi dengan majlis ilmu yang dikenali masyarakat setempat sebagai Kuliah Pagi Jumaat, sebuah tradisi rakyat negeri Serambi Mekah itu.

Kuliah Pagi Jumaat dimulakan Allahyarham Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat dan sehingga kini masih diteruskan menjadi sebahagian aktiviti masyarakat setempat.

Pelbagai lapisan masyarakat, lelaki mahupun wanita, orang dewasa dan kanak-kanak memenuhi Medan Ilmu Tok Guru di Jalan Dato Pati, Kota Baru untuk mendengar kuliah ilmu menyentuh pelbagai isu kehidupan masyarakat Islam, pada masa yang sama mengambil kesempatan beramah mesra dengan sahabat handai serta tidak lupa membeli barangan yang dijual sekitar kawasannya. – 13 Oktober, 2017.

Iklan
Iklan