Iklan

'Kerjasama baharu' Umno dan PAS

Hasnoor Hussain5 years ago14th Sep 2019Foto
Himpunan penyatuan ummah 20190913 hasnoor 048  full
Seorang memakai lilitan kepala tertulis Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 14 September Ogos, 2019.
Iklan

PAS dan Umno yang merupakan bekas musuh tradisi dalam politik negara, hari ini secara rasminya memeterai piagam kerjasama di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur yang mana pemimpin kedua-dua parti berkata pakatan itu menawarkan “perjanjian baharu untuk Malaysia”. 

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata, perjanjian baharu itu akan menyelesaikan ketidakstabilan dan kekacauan dalam negara yang disebabkan oleh Pakatan Harapan.

Ia juga menjadi asas kepada kerjasama politik baharu antara parti Melayu itu yang memilik keahlian paling banyak di negara ini. 

Piagam dikenal sebagai “Muafakat Nasional” itu ditandatangani Zahid dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini, seterusnya menamatkan perseteruan hampir empat dekat kedua-dua parti berpengaruh itu.

Ia juga membentuk pakatan pembangkang baharu yang akan berkempen untuk menumbangkan kerajaan PH pada Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang. – 14 September Ogos, 2019.

Iklan
Iklan