Iklan

Yazit Search pulang

Kamal Ariffin5 years ago26th Sep 2019Foto
Yazit ahmad funeral tmikamal 10
Jenazah Yazit Ahmad, pemain dram kumpulan rock ternama tanah air, Search selamat dikebumikan di Raudatul Sakinah, Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 26 September, 2019.
Iklan

PEMAIN dram kumpulan rock Search, Yazit Ahmad meninggal dunia tengah hari ini selepas mengalami pendarahan dalam kepala sejak dua hari lalu.

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada usia 57 tahun di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas dicabut mesin bantuan hayat.

Yazit dimasukkan ke hospital sejak awal pagi Selasa selepas mengadu sesak nafas lebih kurang 3.30 pagi.

Yazit sebelum ini diketahui mengalami masalah buah pinggang yang kronik sehingga membatasi pergerakannya sejak beberapa tahun lalu. Beliau sakit buah pinggang lebih 10 tahun lalu.

Beliau bagaimanapun sempat bersama Search membuat persembahan dalam Konsert Fenomena 30 Tahun pada 2011 dan di Istana Budaya pada 2014.

Jenazah Yazit dibawa ke Masjid Salahuddin Al-Ayubi di Taman Melati, Kuala Lumpur dan dikebumikan di Raudatul Sakinah di Taman Selasih. – 26 September, 2019.

Iklan
Iklan