Iklan

Tulang belakang Foodpanda lancar mogok

Afif Abd HalimIrwan Majid5 years ago30th Sep 2019Foto
Foodpanda 20190930 afif 13
Penghantar makanan Foodpanda meletakkan telefon bimbit mereka di lantai ibu pejabat syarikat itu di Cheras, Kuala Lumpur sebagai tanda protes sistem bayaran baharu untuk mereka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 30 September, 2019.
Iklan

LEBIH 100 penghantar makanan Foodpanda mengadakan bantahan di ibu pejabat syarikat aplikasi itu di Kuala Lumpur hari ini sebagai sokongan kepada rakan mereka yang melancarkan mogok di beberapa negeri sejak dua hari lalu.

Mogok itu sebagai membantah sistem pembayaran baharu yang tidak lagi dibuat berasaskan masa tetapi semata-mata jumlah penghantaran. Skim itu berkuatkuasa hari ini.

Mereka membantah kerana mendakwa sistem pembayaran baharu itu bakal menjejaskan pendapatan.

Bantahan di luar pejabat Foodpanda di Cheras, Kuala Lumpur bermula 11 pagi dan berakhir 3.30 petang.

Media sebelum ini melaporkan pekerja Foodpanda di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan merancang mogok tiga hari sementara di Pulau Pinang selama seminggu. Mogok sama juga berlangsung di Perak dan Sabah. – 30 September, 2019.

Iklan
Iklan