Iklan

Wajah baru Melangkap selepas gempa bumi 2015

Irwan Majid5 years ago9th Oct 2019Foto
Melangkap river011
Kanak-kanak menyeberangi jambatan gantung Sungai Melangkap. Kawasan yang terletak di Kota Belud ini menjadi tarikan baru kepada pengunjung untuk menyaksikan pemandangan Gunung Kinabalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 9 Oktober, 2019.
Iklan

GEMPA bumi bermagnitud 5.9 yang melanda Gunung Kinabalu empat tahun lalu mengubah wajah Sungai Melangkap yang terletak di Kota Belud.

Hari ini, kawasan yang berbatu itu sedang dibangunkan sebagai tempat percutian keluarga.

Tragedi ini juga memberi kesan kepada penduduk kampung yang bercucuk tanam berhampiran sungai. Banjir berubah landskap Sungai Melangkap, dan tanahnya tidak lagi subur kerana ditutupi batu yang jatuh dari gunung.

Dahulu, terdapat dua anak sungai tetapi sejak gempa 2015, hanya satu sahaja yang tinggal. Kawasan tersebut dibersihkan dan dibangunkan sebagai tarikan pelancong.

Tapak perkhemahan Polumpung, yang diwujudkan pada awal 2017, memberi harapan baru kepada penduduk kampung.

Namanya diambil daripada perkataan Dusun yang bermakna “kawasan pulau”, tapak Polumpung kini menerima sehingga 500 pengunjung setiap minggu.

Ia terletak di kampung Melupuk di Kota Belud, kawasan antara Kota Kinabalu dan Ranau. – 9 Oktober 2019.

Iklan
Iklan