Iklan

Gelombang Korea di Sabah

Irwan Majid5 years ago7th Jan 2020Foto
Sabah korean013
Pelancong Korea menikmati minuman tempatan di pasar Filipina di Kota Kinabalu, Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 7 Januari, 2020.
Iklan

KEINDAHAN dan keunikan dimiliki pulau-pulau sekitar Sabah menjadi tarikan utama warga Korea Selatan.

Kebanyakan mereka teruja untuk menyaksikan keindahan pemandangan ketika matahari terbenam dan melakukan aktiviti laut seperti snorkeling.

Mereka juga tertarik dengan budaya, tradisi tempatan dan kemudahan disediakan oleh kerajaan Sabah.

Mungkin ramai tidak menyangka bahawa terdapat komuniti Korea yang agak besar di Kota Kinabalu dan kebanyakannya terlibat dengan perniagaan restoran yang menyajikan hidangan istimewa mereka.

Kebanyakan pelancong Korea tidak berminat dengan suasana di bandar. Sebaliknya, mereka lebih gemar dengan alam semulajadi dengan menjelajah laut, hutan, gunung dan menambah “to-do list” dengan menyaksikan pemandangan matahari terbenam menakjubkan di tepi pantai Tanjung Aru di Kota Kinabalu, yang dikenali sebagai salah satu tempat terbaik di dunia untuk melihat matahari terbenam.

Mereka berenang, menginap di Kawasan berhampiran laut dan melakukan aktiviti setiap hari. Laut adalah kehidupan mereka.

Rakyat Korea adalah pelancongan kedua terbesar yang melawat Sabah selepas China. – 7 Januari, 2020.


 

Iklan
Iklan