Iklan

Suku Semai terkilan janji hanya tinggal janji

Hasnoor Hussain5 years ago4th Feb 2020Foto
Ulu geruntum 20200201 hasnoor 01
Remaja Semai menangkap ikan di Sungai Geruntum di Gopeng, Perak, yang menjadi sumber bekalan air, makanan dan tempat mereka mandi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 Februari, 2020.
Iklan

ORANG Asli suku Semai di Ulu Geruntum, Gopeng berang susulan kegagalan kerajaan negeri Perak menghentikan projek mini hidroelektrik di tanah adat mereka.

Mereka berharap kerajaan Pakatan Harapan akan membatalkan keputusan membina empangan hidro yang dibuat pentadbiran Barisan Nasional dahulu.

Meskipun banyak gesaan dari suku Semai, aktivis dan persatuan sivil supaya projek tersebut dihentikan, kerajaan negeri pada tahun lepas akhirnya memberi lampu hijau agar ia diteruskan.

Sejak 2012 lagi masyarakat Orang Asli suku Semai ini membantah pembinaan empangan itu kerana bimbang ia akan merosakkan ekosistem dan cara hidup mereka. – 4 Februari, 2020.

Iklan
Iklan