Iklan

Kehidupan di Flat PKNS

Nazir Sufari7 years ago16th Nov 2017Foto
Pkns1
Badan-badan amal kadang-kadang datang ke kawasan flat tersebut untuk mengedarkan sumbangan kepada yang memerlukan. Permintaan terhadap flat ini adalah tinggi kerana iaberhampiran dengan Kg Baru, di seberang Menara Berkembar Petronas (KLCC). - Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 November, 2017.
Iklan

SEJAK dibina pada 1969, sehingga empat generasi telah mendiami 270 flat di tujuh blok Flat PKNS di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Flat ini dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang juga dikenali sebagai Flat Kg Padang atau Flat Merah.

Permintaan untuk flat itu adalah sangat tinggi disebabkan kedudukannya yang berdekatan dengan Kampung Baru, berseberangan dengan menara berkembar tertinggi di dunia - Menara Berkembar Petronas (KLCC).

Tanah kawasan flat yang bernilai tersebut telah diperuntukkan untuk projek perumahan terbaru yang dicadangkan Perbadanan Kampung Baru, yang mengendalikan penempatan Melayu.

Kini, penduduk terbahagi kepada mereka yang enggan menerima pampasan yang ditawarkan dan yang bersetuju terhadap rancangan untuk dipindahkan ke penempatan yang lebih maju. – 16 November, 2017.

Iklan
Iklan